Ahad, 2 Ogos 2009

naluri keibuan.

Salam,
petang tadi semasa aku menunggu anak anak pulang dari bermain dipadang dekat rumah, tiba tiba satu dentuman dan bunyi seretan yang kuat kedengaran. masa tu aku berada dlm rumah. selalunya kalau bunyi macam tu, ada geng mat keta yang dok test performance enjin keta, maklumlah, dekat ja ngan bengkel. tetiba dengar orang jerit dgn kuat "mak, mak, bangun mak!!!" baru aku perasan ada kemalangan depan rumah. masa aku keluauntuk tengok, dah ada ramai orang yang dok berdiri dan tengok kemalangan tu. ada yang telefon 999 ada yang telefon keta tarik. aku nampak sekujur tubuh kaku dikelilingai 4, 5 orang dan seorang anak yang menangis nangis. aku yang baru je tamat kursus 1st Aid, konon nak pi buat pertolongan cemas la. tapi bila aku nampak ada nadi dan nafas turun naik, aku rasa tak perlu buat CPR. elok di ajar mengucap je. aku nampak ada seorang lelaki mungkin suaminya kot datang dan memangku tubuh tersebut. aku cakap ajarla mengucap, sisuami dah panik dan tak tahu nak buat apa2. aku bingkas mendekatkan mulut ketelinga wanita tersebut dan mengucap "laaillahaillallah, muhammadarrasullallah"... aku ucapkan berpuluh kali sampai aku nampak ada gerakan pada tangan wanita tersebut. dan akhirnya wanita tersebut mengangkat jari telunjuk dengan lemah. aku teruskan ucapan, dan kali ini, aku nampak mulutnya kumat kamit, semakin lama semakin kuat dan akhirnya aku dengar wanita tersebut mengikut ucapan dengan jelas dan nyata. Alhamdullillah, wanita tersebut telah sedar dan mencari anak2nya. aku sedih sangat, sebab naluri seorang ibu, tetap mencari anak2 walau pun luka yang besar dan darah banyak mengalir. tak kusedari airmata ku turut mengalir. sudah hampir 10 minit, ambulan dan polis belum jugak tiba. akhirnya ada seorang hamba Allah yang sudi menghantar wanita tersebut kehospital Kepala Batas. Alhamdulillah...
renungkanlah...