Rabu, 30 Disember 2009

selamat tahun baru 2010




SELAMAT TINGGAL 2009, SELAMAT DATANG 2010. Selamat tahun baru Masehi. semoga tahun ini akan lebih mematangkan pemikiran kita. semoga tahun ini tiada lagi sengketa. semoga tahun ini kita sama sama memajukan negara. semoga tahun 2010 ini tiada fitnah antara kita. semoga ahli ahli politik menjadi lebih matang, tidak menjadi kera dalam parlimen atau ADUN. lebih rasional, lebih dedikasi, lebih mementingkan rakyat, lebih mementingkan nasional, kurangkan untuk diri sendiri. jauhkan rasuah, berpijak dijalan Allah. semoga kita di rahmatiNya, Amiiinnn!!! renung2kanlah kelangit, siapa yang jadikan kita?

Selasa, 29 Disember 2009

bas ekspres

Assalamualaikum...
Kisah bas eksiden. semasa aku di Kuala Lumpur dulu setiap minggu aku akan menggunakan bas ekspress dari KL ke SP. selama tiga tahun aku di KL, aku menggunakan bas ekspress. selalunya aku akan naik bas Seri Maju. drivernya sangat berwibawa. kalau mengantuk, mereka akan bertukar memandu.
kadang kadang sangat bila aku terlupa booking tiket, terpaksalah aku naik bas lain yang bukan Seri Maju. kalau naik bas yang lain ini, ada saja perkara buruk yangberlaku. ada driver yang tidak perihatin dengan membawa bas dengan laju macam dikejar polong, ada yang tidak berhati hati sampai tersadung dengan lori atau bas lain, ada yang tiada ac, lampu dan berbau busuk pun ada.
nanti aku akan ceritakan lagi dilain kali.

wassalam!

Selasa, 22 Disember 2009

mati hidup kembali

Assalamualaikum, wbt.
Catatan aku hari ini ialah berkenaan tajuk diatas. ada berbagai tafsiran tentang kamatian ini. ada yang menyatakan "kalau dah mati, mati la, yang hidup , balik rumah la". ada yang kata macam sesaorang yang sudah insaf dan kembali kejalan yang diredhai Allah. itu semua betul dan boleh diterima pakai dalam konteks "lawak" dan "pengajaran". apa yang aku nak perkatakan ini ialah sesuatu yang agak serius. Kematian yang sebenar dan hidup yang sebenar juga. ada kisah disebalik tajuk ini. di suatu tempat di Utara Semenanjung ada seorang lelaki yang sangat kuat. dia mendalami ilmu persilatan yang hebat. kebaikan dia ialah kekuatannya. keburukan pula, kalau dia marah, dia boleh gegarkan pokok sampai daun daun berguguran.
pada satu hari, seluruh kampung gempar dengan berita kematian si lelaki kuat ini. ada yang pro dan ada yang kontra, maklumlah ada yang bersahabat dan ada yang seteru. Mayat lelaki ini dibaringkan diatas sebuah katil yang besar dan kukuh. ramai sanak saudara yang membaca surah Yassin di sekeliling mayat tersebut. semakin lama semakin ramai yang datang untuk menziarahi. ada yang berlinangan airmata dan ada yang nampak sugul. semakin lama semakin ramai sampai bersesak sesak maklumlah orang terkenal. tiba tiba bunyi riuh rendah di dalam bilik yang memempatkan mayat. orang dalam bilik lari lintang pukang. orang diluar bilik pun lari lintang pukang. bila berita sampai di halaman, orang ramai yang datang menziarahi juga lari tunggang langgang. semua seolah2 mahu menyelamatkan diri dari sesuatu "creatures". apa bila keadaan sudah reda, beberapa orang alim kelihatan masuk kedalam bilik. apa yang berlaku ialah kelihatan mayat sedang mengiring macam orang sedang tidur. orang2 alim pun membiarkan beberapa lama mayat tersebut sebegitu sehinggalah hampir sejam, barulah mayat tersebut kembali terbujur seperti asal. menurut saudara mara yang membaca Yassin, mereka melihat mayat tersebut bergerak perlahan lahan dan akhirnya mengiring. sungguh menyeramkan. menurut kawan kawannya, beliau pernah menuntut "ilmu kuat" yang hebat. mungkin semasa kematiannya, segala urat saraf dia kembali ke asal, menyebabkan segala otot dan anggota badan ter"tarik" sebegitu.
setelah disahkan oleh para doktor dan dipersetujui oleh para Alim ulamak kampung tersebut, akhirnya mayat tersebut pun di kebumikan dengan sempurna walaupun tinggal beberapa puluh orang sahaja yang bersedia menyempurnakan mayat tersebut.
renung2kanlah...

Ahad, 20 Disember 2009

buah nipah







Salam,


hari ini kami sekeluarga makan kenduri lagi. tapi kali ini tak banyak , hanya sebuah je. Jiran aku buat kenduri tapi dikampungnya. lauknya kari daging dengan kentang, kurma kambing, kari ikan talang kering dengan nenas, sambal belacan, ulaman2. sedap jugak hingga menjilat jari. lepas selesai makan kenduri, dalam perjalanan balik, kami melalui tepi sungai. aku tengok banyak pokok nipah di seberang jalan. terkenang2 masa kecilku selalu ikut tokwan belah buah nipah tepi sungai. "sedap jugak ni kalau pekena buah nipah ni. meleleh jugak air lior aku, terkenang buah nipah yang lembut dan manis tu. rasa seakan2 buah nau. tapi buah nipah lebih manis. walaupun begitu, buah nipah tidaklah begitu popular macam nau. gambar sebelah ni menunjukkan buah nipah yang aku belah tadi. untuk pengetahuan semua, inilah satu satunya buah nipah yang elok dalam satu mayang. yang lain semua nya terlalu lembut dan susah untuk di belah. kita kena cari balik buah2 nadir dan perkenalkan semula kepada generasi kita yang akan datang...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
kisah kali ini ialah seperti tajuk diatas tu. ceritanya begini....
semalam (20/12/09) aku dapat jemputan kenduri kawin sebanyak 4 buah rumah. sorang tu rumah kawan lama aku, kedua saudara tiri aku, ketiga tu bapak saudara adik ipo aku dan final sekali, saudara jauh bapak aku. 3 buah daripadanya, dapat sambutan yang sangat baek. yang aku ralat sikit, pada rumah ke4 tu. oleh kerana rumah dia dalam kampung. jalan mini tar yang rosak lebih dari setahun tak diperbaiki. so untuk tidak mengganggu laluan, aku dan adik aku (kami berkonvoi) letak keta agak jauh dari rumah kenduri. berpeluh jugakle berjalan lebih kurang 700 meter. bila sampai rumah kenduri, aku tercari2 le tuan rumah. aku tak kenal sangat sebab dah lama tak jumpa. last sekali aku cam tuan rumah sebab pakai baju yang ada banyak poket. selepas bersalam dan "huloq", tuan rumah tak cakap apa2 pun. anak2 dia pun buat tak tahu je kehadiran kami. bapak, mak, isteri, adik, adik ipo, anak2, anak penakan semua terpinga2 termasuk aku sekali. aku rasa malu sangat sebab macam kami salah rumah pulak walau pun memang tuan rumah tu ada bau2 bacang dengan bapak aku. aku rasa oleh kerana dah petang dan dah takde orang mai, elok le dia bertanya habaq bapak aku. aku ambik keputusan tak mahu makan sebab rasa malu sangat. tuan rumah asik duk tepi pagar dan tengok2 keluar pagar. sikit pun tak pelawa aku makan. lelain semua makan le walau pun tuan rumah macam org tak sudi pulak. ok lahhh. lepas tu bila semua dah sudah, aku ada satu idea...jeng jeng jeng!!! aku suruh semua duk je kat umah tu sementara aku dan adik aku pi ambil keta. bila aku berenti je depan umah kenduri tu, si laki yang asik tengok kat luaq, dan si bini yang asik duduk pegang raga bunga telur(tak bagi pun kat kami bunga telur tu), bingkas bangun dan datang dekat dengan keta aku. baru lah nampak senyum sikit. pastu cakap "laaa tadi makan sikit saja pa", poraah aku bukan makan sikit, tapi tak makan langsung. si bini pulak kata "uiisshhh! depa mai keta besaq ka" laaa buleh naik ramai pulak tu (maklumla MPV) laa ada sebijik lagi keta ka?"... keta adik aku di belakang. oooo baru lah aku tahu yang famili pak penakan aku ni pandang harta. patut la semua yang mai umah dia keta besaq2, sampai aku nak parking dekat pun tak boleh. la ni aku ambik iktibar, kalau pi umah saudara mara kena bawak keta besaq, sewa pun takpa....