Selasa, 30 Jun 2009

loghat


Salam,

semalam aku ada terbaca satu blog dari seorang cikgu. seronoknya sebab boleh utusan dalam bahasa ibunda kami (loghat utara la). meh lah kat sini sesiapa ja yang nak berborak dalam loghat apa saja asalkan memenuhi norma norma yang aku nak. kalau boleh kita cakap macam macam bahasa supaya kita tahu bahasa kawan kawan kita. kalau boleh lagi, sesiapa dari kawan kawan berbangsa Cina atau India, bolehlah kita belajar bahasa lain pulak dengan depa kan? kalau sesiapa yang ada idea bagaimana nak mengindahkan lagi laman santai ni, aku sangat alu alukan.

REVELL LAGI

Produk Revell

Terdiri dari 9 kategori :

Perawatan rumah yang moden, efektif, efisien & ekonomik
Perawatan kenderaan berkualiti tinggi
Formula alami untuk keindahan mahkota Anda
Perawatan pribadi untuk seluruh anggota keluarga
Jeanne Artist "pengikat kasih sayang"
deMi rangkaian designer kosmetik untuk wanita masa kini
Kekuatan alam untuk kesihatan yang lebih baik
Teknologi yang diciptakan untuk gaya hidup yang lebih baik

REVELL

Produk Revell
Trace Minerals
Auto care
Beauty care
Body Beautiful
Food & Nutrition
Health care
Home care
Home Tech
Perfume
Personal care
Women Hygiene
Istimewa AidilFitri
Produk Sihatcorner
Transfer Factor
Minyak Kelapa Dara
Omega-3 & antioxidant

    MENGAPA REVELL?
  • 1PV=1RM
  • Kelayakan bonus minm 50PV
  • Untung runcit 8%-25%
  • Bonus peribadi 4%-14%
  • Bonus kumpulan 6%-22%
  • Majalah bulanan UPDATE percuma
  • insentif program pelancongan
  • insentif program kereta
  • Program latihan
  • Kebajikan
    ->Program pencapain akademik
    ->Bantuan khairat kematian
  • Boleh diwariskan.
Join dibawah saya dengan menggunakan ID: KED 637680

Isnin, 29 Jun 2009

siapalah kita


Salam,

semalam aku tengok tv tentang perpaduan melayu. aku bukan sokong mana mana pihak. tapi kalau untuk perpaduan kaum kita, lebih baik lah kita sahut dengan hati terbuka. buang yang keruh dan ambil yang jernih. lebih baik kita berbaik sangka dengan sesama Muslim daripada kita percaya bulat bulat kepada kawan kawan yang hanya mahukan sesuatu dari kita. orang nampak kita sekarang dah tak sekuat dulu. mengapa kita memilih berpecah dengan sesama Muslim dan berbaik baik dengan "oranglain". dalam perkara ini aku tak boleh terima. aku nampak keikhlasan pemimpin tertentu yang mahukan perpaduan. tapi ada sahaja penghalangnya. aku faham naluri pemimpin tersebut yang sudah nampak kepesongan dalam masyarakat melayu kini. dia tahu kalau terus memusuhi sesama Melayu orang lain akan mengaut keuntungan. akhirnya kita terpinggir dinegara sendiri. tetapi sebaik sahaja dia bersuara tentang perpaduan Melayu, sudah ada pemimpin dalam kelompok itu sendiri pulak yang tak setuju. kalau pemimpinberbangsa lain tak setuju tu ok la sebab mana ada bangsa lain yang suka tengok kita berpadu kan? tetapi yang tak setuju ni bangsa kita sendiri. apa pun syabas aku ucapkan kepada pemimpin diseberang sana yang masih membuka peluang untuk perpaduan kaum Melayu. jangan jadi 'AYAM MENANG KAMPUNG TERGADAI SUDAH". Tapi yang dok nampak kini memang dah banyak "PAK KADOK" dalam masyarakat kita hari ini... renungkanlahhhh!!!

amir nangis

salam,
sedih aku tengok amir makan nasi ayam yang aku bawa untuknya masa pi melawatnya semalam. dia ada tanya jugak bila dia boleh tukar sekolah. aku hanya menjawab tunggu hujung bulan Julai nanti. sebenarnya aku dan isteri masih bersolat hajat dan beristiqarah demi mendapatkan jawapan yang tepat untuk menempatkan sekolah Amir nanti. jika dalam bayangan yang dikurniakan Allah nanti disekolah lain, kat sekolah lain lah aku akan tempatkan Amir. jika amir dah serasi dengan MRSM, aku akan tetapkan dia disitu. sebenarnya jauh disudut hatiku aku masih mahu tengok Amir belajar di MRSM. sekolahnya dekat ja dengan rumah kira kira 20 km je, aku boleh pi tengok dia setiap minggu 2 kali. dulu masa aku bersekolah, aku tak berpeluang untuk keasrama kerana parents aku tak mampu. skg ni dah ada peluang elok jugak kan. selepas beli keperluan dia, aku suruh amir balik keasrama. semasa dia berjalan ke asrama, aku nampak airmata Amir mengalir. sedih jugak aku. tapi Amir anakku sayang, ketahuiah bahawa ibubapa sentiasa mendoakan agar Amir akan menjadi manusia berguna satu hari nanti, anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang. percayalah, ibubapa bukan membuang anak anak mereka diasrama. sesungguhnya kami menempatkan kamu di MRSM Merbok untuk kamu mengenal dan membina jati diri, belajar, berusaha, berkawan, berdikari, bersukan, bermain dan lain lain sepuas puas hati. percayalahhhh!!!!

Ahad, 28 Jun 2009

air & amir

Dua tiga hari lepas kawasan perumahan dan kampung2 persekitaran ketiadaan air. waduh pak/buk, badan dah jadi macam orang minyak. asik asik pakai bedak jer...berpeluh. nak keluar membeli belah pun malas rasanya. kami yang "tidak ada apa apa" ni ok la kan? macamana yang baru jadi pengantin baru??? alaaa aku baru je makan kenduri anak kawan baik 2 tiga hari lepas.... alaaa... tak nak pk orang la. aku nak pk aku ni yang mandi sekali je pagi tadi. itu pun sebab ada sedikit air dalam tangki kecik kat atas bumbung tu. aku tanya JBA depa cakap ada paip pecah dekat pekan Tikam Batu. whoooosh kalau dah pecah tu takkan berhari hari kan? ntahlah mungkin paip pecah tu agak major. dulu JKR yang buat servis air ni tapi skg JBA. mungkin juga dulu paip masih elok masa berada ditangan JKR kan? nak tanya, korang kaau takder air, korang mandi dimana? tergamakkah korang mandi kat kolah masjid? tapi ada orang sanggup mandi tau.
ok lah dulu ya, aku nak pi tengok amir pulak. dia baru call dengan suara yang baik... so aku pun boleh cair... badan berminyak pun tak kisah kalau anak kita baik... jumpalagi. kang balik dari tengok amir, aku citer lagi ya...

Sabtu, 27 Jun 2009

amir oh amir

Salam,
setiap minggu aku dan family akan susah hati kalau hari Sabtu. sebab apa ya? sebab hari Sabtu, Amir Naim akan outing dari MRSM. naper pulak nak susah hati? kan anak nak kuar jumpa ibu bapa? yaaa betul. Ssemua student yang berada dekat dengan famili akan keluar makan makan serta membeli belah dengan ibu bapa lebih kurang 5 jam. tapi bagi kami, Amir akan keluar pada pukul 11 pagi dan akan pulang ke asrama pukul 6ptg akan menimbulkan kerisauan kerana setiap kali pulang keasrama dia akan menangis semahu mahunya. apa yang keluar dari mulutnya hanyalah "NAK PINDAH SEKOLAH". bilaku tanya apasal nak pindah sekolah? dia cakap dia tak mahu dah rindu sangat ngan mak dan abah. kalau Amir tak dapat pindah sekolah, mak dan abah kena duk kat MRSM jugak. macam tu jenuhler pihak MARA nak biaya kami anak beranak pulak kan? macam mana ha aku dah naik buntu memikiau ni. Ya Allah, berikan lah aku kekuatan menangani anak ku yang unik ni.

orang atas, orang bawah...

Salam...,
Kali ini aku nak cerita pulak tentang tajuk diatas. tahu tak? kalau anda semua nak tahu... ikuti cerita ini sepenuhnya.
musim kawen datang lagi setiap cuti sekolah.... opps! sebenarnya kalau di negeri ayam didik ni iaitu negeri Kedah, orang buat kenduri kawen tak kira masa, janji cuti, kecuali bulan Ramadhan dan hari Jumaat ja. itu pun ada jugak menyelit dalam bulan Ramadhan tapi kenduri waktu malam le. tak nampak le kemeriahannya. apa pun terima kasih laaa kepada tuan rumah kenduri yang jemput kami pi makan kenduri rumahnya.
kisah yang aku nak sampaikan ni ialah tentang salah seorang kawan kat tempat kerja aku. satu masa tu ayah nya nak buat kenduri kawen adiknya. Alhamdulillah... kami semua kawan baiknya dijemput kemajis tersebut. rumahnya berada didaerah lain dan aku tak tahu jalan kerumahnya, so aku pi konvoi dengan sebuah keta kawan aku sorang lagi. bila sampai dikawasan rumah kenduri (banyak kenduri lak masa tu) aku nampak ramai orang keluar masuk kampung. bila aku tanya semua orang tu pergi rumah kenduri lain bukan rumah kawan aku. so kami pun pi la tempat lain pulak. sampai je kat kampung lain ada bunga manggar kat tepi simpang kekampung tu. memang dah konfirm sebab ada nama adik kawan aku kat poster. untuk lebih yakin, aku cuba bertanyakan seorang Pakcik yang kebetulan keluar dari simpang... aku bertanya macam ni,"Pakcik, betul kekenduri ni rumah En. $$$$?". dan pakcik tu cakap, "memang betul tu encik" aku pun tanya lagi,"Pakcik dah pegi ke?". Pakcik tu jawab, "pakcik tak pi, dia tak jemput". aku nak tahu lebih lanjut, aku pun tanya lagi, "awat dia tak jemput?". Pakcik tu jawab, "pakcik orang bawah, depa tu orang atas", dan pakcik tu pun pegi meninggalkan aku yang tertanya tanya. lepas tu kawan yang berkonvoi aku tertawa berdekah dekah... aku terpinga pinga sehinggalah berbulan bulan dan baru baru ini barulah aku mengerti...

Khamis, 18 Jun 2009

egyptian portion

Dapatkan Pati Minyak Wangi Egyptian Potion tanpa Alkohol dan Air yang akan memberi keharuman sepanjang hari.

Minyak wangi Egyptian Potion atau kini lebih dikenali sebagai One Drop Perfumes semakin laris di pasaran dan mendapat perhatian orang yang mementingkan ketrampilan diri.
Dengan reka bentuk botol yang comel, senang untuk dibawa. Setiap pakej minyak wangi ini mengandungi 8 botol yang didatangkan dengan jenis wangian yang berbeza bagi setiap botol di mana setiap botol mengandungi 2.75 ml.
Harga set yang terbaru bagi minyak wangi ini ialah RM 40 (set biasa) & RM45 (set selebriti) dengan kos penghantaran RM 6 bagi Semenanjung Malaysia. Manakala RM45 (set biasa) & RM50 (set selebriti) dengan kos penghantaran RM 8 bagi Sabah & Sarawak. Sekiranya perbandingan dibuat dengan jenama yang sama di pasaran, harga yang ditawarkan amat rendah dan memberi keharuman sepanjang hari.

Selasa, 16 Jun 2009

selamatkah kita?

Salam,
kalau kita lapar, bolehkah kita hanya niat sahaja untuk mengenyangkan perut? sejak akhir akhir ini aku nampak banyak yang terpesong dari segi perbuatan dalam akidah Ummat Islam. ada juga yang dipesongkan oleh sahabat handai kita yang sangat baik dengan kita. Ada udang disebalik batu kah? mengapa mereka begitu baik dengan kita walhal selama ini mereka tak baik pun. mereka ini akan menunggu sahaja bila kita lemah, mereka akan mempergunakan kita habis habisan. tujuan... hanyalah untuk kepentingan diri mereka sendiri. macam pokok persoalan tadi, adakah sudah memadai dengan niat untuk makan akan menjadikan kita kenyang?
Citernya... kita ada sorang kawan (bangsa asing). dahulu kita pernah maki hamun dia dan dia pun pernah menyampah dengan kita. Tup tup sekarang macam isi dengan kulit pulak. bukan main kamceng lagi. kawan kita ini memusuhi kaum sebangsa kita. yang peliknya dia mengajak kita untuk memusuhi antara kita. dan kita pun bukan main lagi benci kan kawan bangsa kita demi kawan baru kita dari bangsa asing. kawan bangsa asing kita tu siap janji yang tak logik untuk berikan kepada kita kalau kita berjaya menyingkirkan kawan sebangsa kita tu. akhirnya kita pun niat lah dalam hati yang kita tetap baik(dalam hati) dengan kawan sebangsa, tetapi luaran kita hanya Allah yan tahu. semoga kita dapat berfikir agar kita dilindungi dari memusuhi sesama Islam walaupun berlainan ideology.
JANGAN IKUT ORANG TERJUN LOMBONG.
kita merenung sejenak kelangit.

Isnin, 15 Jun 2009

amir naim

salam,
tentu korang nak tahu siapa itu amir naim kan? alaaa dia ni anak kedua aku. aku suka nak citer kisah dia dlam blog aku ni bukan nyer pasal apa, cuma dia ni unik sikit dari anak anak yang lain. masa di kecik kecik dulu dia ni pernah kena "demam". aku tak tahu demam apa tapi dia asik bercakap siang malam. aku dan isteri asik menangis saja masa tu. tapi apabila dia nampak kami berdua menangis, dia akan datang pujuk. selalunya perkataan yang selalu dia sebut ialah, "lain kali kena dengar nasihat ibu bapa".
jeng jeng jeng... sekarang aku nak citer kisah dia pulak waktu ini ye! skg umo dia dah 13 tahun (2009). dah masuk sekolah menengah... maksud aku MRSM. aku bangga sangat dengan pencapaian dia dalam pelajaran. subjek yang paling dia suka English dan matematik (aku rasa la). masalahnya amir ni barang barang dia selalu hilang. meh aku nak senaraikan barang barang dia yang dah hilang: songkok, tie, kasut sport, kasut sandal, bantal, calculator, reket, toiletories, baju prep, pakaian dalam, fail, alatan menulis, kunci kabinet, kad matriks dan banyak lagi. semuanya aku kena beli semula. walau pun begitu, aku tak marah sangat, sebab bagi aku dia ni someone special bagi kami.
tapi baru baru ini dia buat perangai. taknak pegi asrama. aku naik risau dengan situasi ini. mana taknya, aku dah habis beribu rm asal dia masuk MRSM. masa dia dapat surat dulu pun dia excited sangat nak gi MRSM so aku ikut jela. tup tup baru 3 bulan dalam MRSM dah tak mahu pulak. apo aku nak buek laie ha. aku ada sms cikgu dia semata mata nak bincang hal dia tak nak gi asrama tu, tapi cikgu dia pulak sanggup datang umah nak jumpa amir. aku terharu sungguh. tabik spring kat Cikgu Nurul dan Cikgu Diana.
lepas dua org cikgu tu balik, apa lagi, dia mula lah meraung taknak pegi sekolah. tapi aku seret dia masuk keter hantar jugak. Cikgu Nurul cakap, masa kat skolah, amir ok je siap speaking english lagi. cikgu rasa tak percaya. tapi aku sms cikgu sekali lagi. cikgu janji nak jumpa amir lagi di sekolah.
Aku harap cikgu dapat bagi azimat kepada Amir Naim semoga amir mahu dan sayangkan sekolah nya yang best tu.

Ingatan untuk Amir Naim --- ketahuilah anakku bahawasanya kami ibu bapa sangat sayang padamu tiada tolok bandingnya, dan sentiasa mahu melihat kejayaan dihadapan mu dan kami sentiasa berdoa agar kamu jadi anak yang soleh, pintar, berilmu, dan berjaya dimasa depan. Aminnn!!!

masa depan, aku akan menulis lagi tentang Amir Naim. banyak kisah menarik tau...

Ahad, 14 Jun 2009

aku tak setuju

Salam,
Apa yang ko tak setuju ni?
eehhh pulak... sebenarnya aku tak setuju Chin Peng tu balik ke Malaysia walaupun idola aku yang nak dia balik. asalha? sebab dia dah banyak makan darah orang orang di Tanah Melayu, baik Melayu, Cina, India dan lain lain pemastautin.
bayangkanlah depa ni sanggup buang budak kecik dalam api yang sedang membakar mayat ibu budak tu. ini bukan rekaan aku tapi kisah benar yang distorikan kembali oleh datuk dan nenek aku. masa nenek aku citer tu, filem Bukit Kepong tak ujud lagi pun. ada sorang baby cina tu nangis dalam buaian sebab kepala mak dia kena hentak dengan senapang sampai mati, komunis tu lambung dan tahan bennet ... budak tu menggelupur sebelum mati. aku sedih sangat bila teringat citer tu sampai tak lalu makan sampai sebulan.

so marilah kita ramai ramai membantah Chin Peng pulang ke Malaysia. biar dia mati di luar negara.

Melayu selamanyakah?
Cakap pasal Melayu ni, kadang kadang nak tergelakpun ada, sedih pun ada mual pun ada. aku akui aku adalah Melayu tulin( bukan orang Asli macam Senoi, Sakai, Jakun, Negrito dll). yang aku nak perkatakan disini, bahawa aku dilahirkan diMalaysia dari ibuku seorang Melayu dan bapaku seorang Melayu jugak, so aku pun Melayu lah kan?Orang Melayu sensitip sangat kalau dengan "babi". tetapi ada orang Melayu yang tak heran dengan judi, arak, zina, maksiat kenapa? kalau kita baca dalam s/k harian, kalau kisah roqol(rogol dengar cam sedap jer), saper? judi saper? zina, saper? semua tu orang melayu yang teratas. masuk lokap sebab curi h/p saper? curi kabel telefon saper? curi selipar kat masjid saper? ishhhh pening kepalo den ni ha memikiau.Adakah Melayu selamanya akan jadi cam tu? Sian la kat Mak Bapa dan nenek moyang kita yang suh kita belajar dari kesalahan mereka yang lalu. kesalahan demi kesalahan yang meker buat dulu, kita jgn buat dah.Adakah kita akan mbawa masuk Chin Peng masuk semula ke Malaysia? jom kita merenung dan tengok ChinPeng ni dah buat apa kepada nenek moyang kita.Pikir pikirkan lah.
Dicatat oleh acid di 23:39 0 ulasan
Jumaat, 2009 Mei 15

melayu lagi
Salam,penawar nak bicara tentang melayu lagi la, sebab penawar pun rasa rasanya keturunan Melayu. yaaa penawar memang melayu walau pun berdarah campuran siam+jawa+filipina+ bangladesh+papuanewguinea+afrika(tang rambut). kalau nak fikirkan, memang banyak benda yang kita boleh bincangkan tentang Melayu ni. Melayu cepat melatah, Melayu susah nak berubah, melayu mudah lupa, melayukacang lupakan kulit, melayu hilang arah, melayu semua boleh dan macam macam lagi lah melayu ni. kita mudah lupa asal usul. mudah lupa tangan siapa yang menyuap makanan kemulut kita, kita mudah lupa kalau selit pensil di celah telinga dan macam macam lagi. Pemimpin kita mungkin juga lupa yang kita ni dalam sengsara.bagi penawar kawan kawan kita pun ada macam macam. ada yang boleh dibuat kawan ada juga yang jahat macam firaun(tokwan penawar selalu cakap macam tu). kawan yang penawar maksudkan ialah kawan dari bangsa lain macam india dan cina. mereka ini ada yang baik dan ada yang tidak baik.tidakkah kita terfikir, untuk mencairkan cat, kita perlukan thinner? begitu juga untuk mencairkan melayu, mereka akan gunakan melayu. Jom kita berfikir!!! jumpa lagiacid
Dicatat oleh acid di 01:38 0 ulasan
Khamis, 2009 Februari 26

Cabaran Melayu
Salam,sejak akhir akhir ini nampak macam satu kekalutan yang tak terbendung tentang bangsa diMalaysia dipertikaikan. Tentang raja yang mula dipertikai, tentang melayu, tentang parti melayu terbesar. hah!!! aku rasa sangat letih dengan perkara macam ni nak diperbincangkan. aku rasa sakit hati bila orang kata "bila raja kau nak mati?", **** celaka, nak saman raja dan sebagainya. aku ni punya semangat melayu yang kuat. aku tak suka orang mengata Melayu. bagi aku parti tersebut adalah melayu. kalau orng hina parti melayu itu bermakna orang tu menghina Melayu. banyak perkara yang tak betul mula di keluarkan. fitnah dan mencaci dah jadi macam biasa bagi rakyat Malaysia sekarang. yang paling aku tak suka, ada melayu sendiri yang dah mula membenci melayu demi mejaga hati kawan dalam idiologi politik yang tak sampai kemana. siapa kita kalau kita sesama Melayu dan Islam bersatu? kita terlalu kerdil dalam serba serbi.sekian, asid
Dicatat oleh acid di 05:40 0 ulasan
Selasa, 2009 Februari 10

siapa kita?
Salam penawar untuk anda semua... apa kabar? bagaimana dengan famili? sihat ke ok ke? aku nak citer la tentang satu kisah. gini, member aku ni sorang manager besar kat sebuah syarikat. dia diamanahkan untuk menyediakan rumah dan kereta syarikat untuk kakitangan manager keatas. dalam beberapa orang manager dibawah member aku ni (aku namakan dia Mi), ada ler sorang manager ni yang selalu buat spoil. dia selalu keluar dengan 2 ekor cina. selalu nya 2 ekor cina ni la yang dapat kontrak dari syarikat Mi. big boss pun heran. naper sebut harga dari 2 cina ni rendah giler, hingga tak sampai hati nak nolak. akhir nya boss dapat tahu yang malaun ni dok dapat habuan dari cina 2 ekor tu. apa lagi, boss melenting dan minta Mi ambik balik kunci keter dan umah dan minta malaun ni letak jawatan. Mi serba salah. surat pemberhentian kerja sudah di keluarkan, tapi dia tetap berdegil dan mahu datang kerja jugak. dia kata nak ambil tindakan kepada syarikat dan heret tokey ke pengadilan. sehingga kini, malaun tu masih duk dalam umah tu dan guna keter syarikatmacamana cara supaya malaun ni keluar dari rumah tu dan bagi balik kunci keter honda jazz tu?
Dicatat oleh acid di 21:57 0 ulasan
Jumaat, 2009 Februari 06

RUKUNEGARA
Salam,aku terpanggil untuk menaip semula Rukunegara yang sudah hampir 30 tahun aku tak lafazkan.KEPERCAYAAN KEPADA TUHANKESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARAKELUHURAN PERLEMBAGAANKEDAULATAN UNDANG UNDANGKESOPANAN DAN KESUSILAAN.sedih jugak kini bila tengok Raja kita dipermainkan. tak kisah lah raja negeri mana. pelik bin ajaib kalau takde sorang pun yang tampil membela Raja kita yang dihina dan cuba dimalukan. malah ada yang sanggup tidur depan keter yang bawa raja nak pi istana. Raja cuba diheret dimahkamah. Mujurlah Raja yang dihina ini tidak ambil tindakan, tidakmenggunakan kedaulatan yang mereka ada, menunjukkan kemurkaan baginda. aku rasa kalau lah perkara ni berlaku di selatan, sudah tentu, dah tak boleh masuk negeri baginda ni ha. kalau la aku ni raja, dah tentu aku tak benarkan jugak makhluk perosak tu masuk negeri aku. mujurlah aku bukan anak raja.tanpa kusedari airmata ku meleleh dipipi bila dua beranak tu buat press conference yang mereka bersedia nak mengheret baginda dan mb baru satu negeri diutara tu ke muka pengadilan.cuma aku nak tanya, kenapa kalau orang jatuh kita ketawa, sedangkan kalau kita jatuh, kita nak pukul orang yang tak sengaja tertengok kita jatuh, termasuk bapak orang tu sekali tertempias...asid / acid tu orang yang sama.
Dicatat oleh acid di 17:52 0 ulasan
Label:
Selasa, 2009 Januari 27

cuti yang tak cuti.
Salam,hari ni aku start kerja selepas 4 hari bercuti. nak kata cuti ke tidak ha?1. hari Sabtu pegi KL (dari Sungai Petani) kerana nak menyaksikan pertunangan anak saudara. rupanya bukan nak bertunang, cuma datang merisik (bertanya) . Penat juga rasaya. bukan penat kerana jauh perjalanan tu, tapi rasa penat sebab lain yang kita rancang lain pulak yang jadi. di SP bukan main exited lagi hadiri majlis pertunangan, sampai je kat KL cuma majlis merisik... kwang 3x.2. Hari Ahad - kenduri yang saya kena jemput ada 3. Tuan rumah semua nya baik baik belaka, terpaksa pegi. bila makan, tau tahu je la... lauk pauk sedap2, melantak tak ingat dunia, perut dah jadi macam badak air. buncit sangat sangat. seluar semua nya ketat. lepas makan kenduri, rasa badan mula tak sihat (sampai hari ini).3. Hari Isnin (GongXiFaCai) ada 1 lagi kenduri, tapi jauh sikit dari umah saya, iaitu kat Penang. makan lagiii... tapi lauknya bessstttt sangat. yang aku paling suka - Rendang TOK. menitis aiulio aku la. bila drive nak balik, rasa ngantukkk je maklumlah makan nasi. siapa disini yang tak ngantuk kalau makan tengahari? wa tabik spring toing3x ngan tuan.4. Selasa - dah ada syarikat Direct Selling pulak buat demo kat umah jiran. so bila dikatakan jiran, kena la sama sama meraikan majlis depa kan? so kitorang pun pegilah untuk habiskan bihun diaorang. aku yang ada sikit sikit penyakit ni sedapp je dia kenakan. padahal aku ambil ubat di farmasi tempat dia kerja. dia kata aku makan ubat yang tak bagus dsb. tapi akhirnya aku cakap la yang aku makan ubat yang ambil dari farmasi dia kerja, tekedu la jugak orang tu.so hari yang sepatutnya bercuti, au tak la cutu dalam ertikata sebenar. so hari ni aku ngantuuuk sangat sebab letih.bye dan salam untuk semua dan sejahtera untuk Palestin.Asid - penawar
Dicatat oleh acid di 16:26 0 ulasan
Ahad, 2009 Januari 25

gambar menarik
salam,
sesiapa yang ada gambar menarik seperti permandangan, gambar rumah rumah yang canteeekk, gambar rama rama, burung burung, alam semulajadi daan sebagainya, sila la uploadkan disini. sure ramai kawan kawan yang berduka
Dicatat oleh acid di 08:08 0 ulasan