Selasa, 16 Jun 2009

selamatkah kita?

Salam,
kalau kita lapar, bolehkah kita hanya niat sahaja untuk mengenyangkan perut? sejak akhir akhir ini aku nampak banyak yang terpesong dari segi perbuatan dalam akidah Ummat Islam. ada juga yang dipesongkan oleh sahabat handai kita yang sangat baik dengan kita. Ada udang disebalik batu kah? mengapa mereka begitu baik dengan kita walhal selama ini mereka tak baik pun. mereka ini akan menunggu sahaja bila kita lemah, mereka akan mempergunakan kita habis habisan. tujuan... hanyalah untuk kepentingan diri mereka sendiri. macam pokok persoalan tadi, adakah sudah memadai dengan niat untuk makan akan menjadikan kita kenyang?
Citernya... kita ada sorang kawan (bangsa asing). dahulu kita pernah maki hamun dia dan dia pun pernah menyampah dengan kita. Tup tup sekarang macam isi dengan kulit pulak. bukan main kamceng lagi. kawan kita ini memusuhi kaum sebangsa kita. yang peliknya dia mengajak kita untuk memusuhi antara kita. dan kita pun bukan main lagi benci kan kawan bangsa kita demi kawan baru kita dari bangsa asing. kawan bangsa asing kita tu siap janji yang tak logik untuk berikan kepada kita kalau kita berjaya menyingkirkan kawan sebangsa kita tu. akhirnya kita pun niat lah dalam hati yang kita tetap baik(dalam hati) dengan kawan sebangsa, tetapi luaran kita hanya Allah yan tahu. semoga kita dapat berfikir agar kita dilindungi dari memusuhi sesama Islam walaupun berlainan ideology.
JANGAN IKUT ORANG TERJUN LOMBONG.
kita merenung sejenak kelangit.

Tiada ulasan: