Isnin, 29 Jun 2009

siapalah kita


Salam,

semalam aku tengok tv tentang perpaduan melayu. aku bukan sokong mana mana pihak. tapi kalau untuk perpaduan kaum kita, lebih baik lah kita sahut dengan hati terbuka. buang yang keruh dan ambil yang jernih. lebih baik kita berbaik sangka dengan sesama Muslim daripada kita percaya bulat bulat kepada kawan kawan yang hanya mahukan sesuatu dari kita. orang nampak kita sekarang dah tak sekuat dulu. mengapa kita memilih berpecah dengan sesama Muslim dan berbaik baik dengan "oranglain". dalam perkara ini aku tak boleh terima. aku nampak keikhlasan pemimpin tertentu yang mahukan perpaduan. tapi ada sahaja penghalangnya. aku faham naluri pemimpin tersebut yang sudah nampak kepesongan dalam masyarakat melayu kini. dia tahu kalau terus memusuhi sesama Melayu orang lain akan mengaut keuntungan. akhirnya kita terpinggir dinegara sendiri. tetapi sebaik sahaja dia bersuara tentang perpaduan Melayu, sudah ada pemimpin dalam kelompok itu sendiri pulak yang tak setuju. kalau pemimpinberbangsa lain tak setuju tu ok la sebab mana ada bangsa lain yang suka tengok kita berpadu kan? tetapi yang tak setuju ni bangsa kita sendiri. apa pun syabas aku ucapkan kepada pemimpin diseberang sana yang masih membuka peluang untuk perpaduan kaum Melayu. jangan jadi 'AYAM MENANG KAMPUNG TERGADAI SUDAH". Tapi yang dok nampak kini memang dah banyak "PAK KADOK" dalam masyarakat kita hari ini... renungkanlahhhh!!!

Tiada ulasan: