Sabtu, 27 Jun 2009

amir oh amir

Salam,
setiap minggu aku dan family akan susah hati kalau hari Sabtu. sebab apa ya? sebab hari Sabtu, Amir Naim akan outing dari MRSM. naper pulak nak susah hati? kan anak nak kuar jumpa ibu bapa? yaaa betul. Ssemua student yang berada dekat dengan famili akan keluar makan makan serta membeli belah dengan ibu bapa lebih kurang 5 jam. tapi bagi kami, Amir akan keluar pada pukul 11 pagi dan akan pulang ke asrama pukul 6ptg akan menimbulkan kerisauan kerana setiap kali pulang keasrama dia akan menangis semahu mahunya. apa yang keluar dari mulutnya hanyalah "NAK PINDAH SEKOLAH". bilaku tanya apasal nak pindah sekolah? dia cakap dia tak mahu dah rindu sangat ngan mak dan abah. kalau Amir tak dapat pindah sekolah, mak dan abah kena duk kat MRSM jugak. macam tu jenuhler pihak MARA nak biaya kami anak beranak pulak kan? macam mana ha aku dah naik buntu memikiau ni. Ya Allah, berikan lah aku kekuatan menangani anak ku yang unik ni.

Tiada ulasan: