Isnin, 29 Jun 2009

amir nangis

salam,
sedih aku tengok amir makan nasi ayam yang aku bawa untuknya masa pi melawatnya semalam. dia ada tanya jugak bila dia boleh tukar sekolah. aku hanya menjawab tunggu hujung bulan Julai nanti. sebenarnya aku dan isteri masih bersolat hajat dan beristiqarah demi mendapatkan jawapan yang tepat untuk menempatkan sekolah Amir nanti. jika dalam bayangan yang dikurniakan Allah nanti disekolah lain, kat sekolah lain lah aku akan tempatkan Amir. jika amir dah serasi dengan MRSM, aku akan tetapkan dia disitu. sebenarnya jauh disudut hatiku aku masih mahu tengok Amir belajar di MRSM. sekolahnya dekat ja dengan rumah kira kira 20 km je, aku boleh pi tengok dia setiap minggu 2 kali. dulu masa aku bersekolah, aku tak berpeluang untuk keasrama kerana parents aku tak mampu. skg ni dah ada peluang elok jugak kan. selepas beli keperluan dia, aku suruh amir balik keasrama. semasa dia berjalan ke asrama, aku nampak airmata Amir mengalir. sedih jugak aku. tapi Amir anakku sayang, ketahuiah bahawa ibubapa sentiasa mendoakan agar Amir akan menjadi manusia berguna satu hari nanti, anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang. percayalah, ibubapa bukan membuang anak anak mereka diasrama. sesungguhnya kami menempatkan kamu di MRSM Merbok untuk kamu mengenal dan membina jati diri, belajar, berusaha, berkawan, berdikari, bersukan, bermain dan lain lain sepuas puas hati. percayalahhhh!!!!

Tiada ulasan: