Selasa, 29 September 2009

kereta baru

Salam,
catitan aku kali ini adalah berkenaan dengan kereta baru (tak kisah lah baru keluar dari kilang atau baru beli keter secondhand). aku salah seorang yang telah beli keter baru sempena raya. Nama keter Opel Zafira. memandu? sedapppp nye kalau nak banding dengan keter lama aku (Proton Wira 1.3) tapi Proton Wira aku beli Brand New, koyak plastik. Zafira aku beli second hand je. sedih juga masa nak tukar tu. maklumlah dah 7 tahun Wira bersamaku tanpa buat hal. tak pernah mengecewakan aku....
sebab apa aku tukar Wira ke Zafira? sebab anak2 dah besar dan kalau nak pergi makan kenduri ke, nak makan angin ke, kalau mak dan bapak nak ikut, maka kenalah 2 orang anakku kena beralah dan tinggal kat rumah. sian juga kan? so aku tukarlah kereta dengan rasa sedih pilu.
apahal pulak aku ni dok citer ngan kete baru, keciwi ke? sebenarnya aku nak highlight tentang problem keter baru aku ni.
1. indikator selalu turun dan naik mendadak (tapi takde efek kat enjin la)
2. aircond kadang kadang sejuk, kadang kadang tak sejuk, kadang kadang panas. dah hantar 2 kali kat kedai yang aku beli tu. tapi problem maintain sama. yang paling sedih, depa pi potong 2 hose yang masuk kedalam kereta (aku tak faham la asal dia potong ha?).
3. tangki air bocor. menitis halus. lama lama habis satu tangki. aku dah tanya kat kedai, tangki beharga RM600 satu set. kalau tangki saja dalam RM200 saja.

abih tu sesapa yang ada idea boleh ler tolong teman. Fiber tak boleh tampal ke?

aku nak pikir ni...

Khamis, 24 September 2009

ragut

Salam AidilFitri,
Pernah tak korang tengok orang kena ragut? aku pernah tengok depan mata kepala sendiri. Masa tu tengahhari, aku sedang driving dgn sorang kawan. kat belakang aku ada sorang pompuan naik moto pakai baju kurung dengan galas beg. sambil driving, sambil pandang pandang kat belakang. nun sayup2 kat belakang, ada sebuah motor dinaiki dua orang lelaki. oleh kerana kat c2 ada lampu isyarat, keter aku pandu agak perlahan. aku nampak pompuan yang tunggang motor dibelakang aku memotong keter kami. agak lebih kurang 10 meter didepan aku, tetiba je lelaki yang tunggang motor kat belakang tadi, memotong keter aku jugak, dengan laju, merentap beg yang di galas. dan pompuan tersebut jatuh tersembam ke jalan tar yang panas. kesiannya dia. oleh kerana peragut tesebut hanya bbrp meter je depan aku, aku buat keputusan untuk mengejar meker. tapi sekejap sahaja lelaki tersebut hilang dicelah2 rumah orang. isshhh geramnya aku. entah apa yang terjadi kpd pompuan tadi aku pun tak tahu.

yang aku nampak ciri2 peragut adalah:
1. Mesti naik motor 2 orang - sorang tunggang motor, sorang lagi meragut.
2. Topi keledar yang fullface
3. selalu berada dibelakang org lain.
4. bila dah sampai dekat, terus ragut dan bawak motor dgn laju.
sesiapa lagi yang ada idea, silalah catit kat sini...

terima kasih.

Selasa, 22 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430/2009

salam, 1 Malaysia.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin..
sudahkah anda cuba untuk menyelamaykan diri anda tahun ini dari bencana kemalangan jalanraya? sudahkah anda beringat2 sebelum kena? bakar mercun/bungaapi tak tahun ini? aku rasa terpanggil untuk sama2 menasihatkan kita agar sentiasa beringat2. tu jer ucapan raya aku tahun ni. tahun depan ucapan panjang sikit.
SALAM 1 MALAYSIA DAN
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.