Khamis, 24 September 2009

ragut

Salam AidilFitri,
Pernah tak korang tengok orang kena ragut? aku pernah tengok depan mata kepala sendiri. Masa tu tengahhari, aku sedang driving dgn sorang kawan. kat belakang aku ada sorang pompuan naik moto pakai baju kurung dengan galas beg. sambil driving, sambil pandang pandang kat belakang. nun sayup2 kat belakang, ada sebuah motor dinaiki dua orang lelaki. oleh kerana kat c2 ada lampu isyarat, keter aku pandu agak perlahan. aku nampak pompuan yang tunggang motor dibelakang aku memotong keter kami. agak lebih kurang 10 meter didepan aku, tetiba je lelaki yang tunggang motor kat belakang tadi, memotong keter aku jugak, dengan laju, merentap beg yang di galas. dan pompuan tersebut jatuh tersembam ke jalan tar yang panas. kesiannya dia. oleh kerana peragut tesebut hanya bbrp meter je depan aku, aku buat keputusan untuk mengejar meker. tapi sekejap sahaja lelaki tersebut hilang dicelah2 rumah orang. isshhh geramnya aku. entah apa yang terjadi kpd pompuan tadi aku pun tak tahu.

yang aku nampak ciri2 peragut adalah:
1. Mesti naik motor 2 orang - sorang tunggang motor, sorang lagi meragut.
2. Topi keledar yang fullface
3. selalu berada dibelakang org lain.
4. bila dah sampai dekat, terus ragut dan bawak motor dgn laju.
sesiapa lagi yang ada idea, silalah catit kat sini...

terima kasih.

Tiada ulasan: