Isnin, 12 Oktober 2009

menang besar

Salam,
korang pegi tak ke Bagan Pinang Ahad lepas? amboiiii, bukan main meriah lagi macam pesta negeri. rata rata penduduk Bagan pinang tu lebih kurang 40000 je, tapi ntah mengapa hari tu dah berlipat ganda kali 10. penuh sesak. asal ha? nak cari pinang ajaib ke? kan kat c2 banyak pinang? takder, hari tu orang BP berraya (pilihanraya kecil DUN31). suko beno la org BP kan? bisnes pun dah meningkat 10kali ganda le gamaknye pada peniaga. Boleh sambung raya sampai sebulan tu. Hari tu kita sambut hari kemenangan bagi yang masuk bertanding apa2. bagi yang berniaga, untung BESAR nampaknya, bagi yang berpuasa dan sambut Raya6 hari tu, memang raya SAKAN la siap melaram dengan baju baru. maklum... raya hari tu tak sempat nak melaram sebab panas nak sambut tetamu. kepada TS Mohd Isa Samad... menang BESAR nampak!!! ok la walau apa pun, kita ucapkan tahniah kepada TSIS. walau siapa pun yang menang kita tetap ucapkan tahniah. Tapi jangan jadi macam sesetengah YB yang terus lupakan Rakyat yang bertungkus lumus memenangkan dia sebaik sahaja menang PR. YB macam ni kalau boleh kita hapuskan terus. jangan kan nak bela kita, jumpa pun tak tegur. macam ni, YB tak guna le namanya. jangan jadi kacang lupakan kulit.

Selasa, 6 Oktober 2009

kematian

Salam,
bercakap tentang kematian, boleh berlaku dimana mana dengan apa jua keadaan. kalau kat Indonesia buat masa skg ni kematian akibat gempa bumi dah jadi macam tak kisah dah. jangan lah risau atau sedih sebab semua orang akan menuju kearah situ. hari ini satu kematian lagi dalam keluarga kami. sepupu atau dua pupu kepada isteri aku. terkenal dengan nama "Pak Uli" orang nya baik sangat malah kata kawan kawan sekerja nya beliau adalah Line Leader yang terbaik yg mereka pernah ada. semua nampak bersedih semasa pengebumian Pak Uli. aku rasa amasih tak sanggup nak teruskan penulisan ini pada hari ini, nantikan lah dilain kali... semoga Allah mencucuri RahmatNya keatas Roh Pak Uli. semoga juga ditempatkan bersama sama dengan golongan yang terpilih untuk ditempatkan didalam SyurgaNya. Aminn...

Ahad, 4 Oktober 2009

tereksiden

Salam Satu Malaysia Semua,
sebelum aku terlupa, ada satu catatan baru yang aku nak highlight. ini tentang eksiden kecil yang aku alami. pada hari tu... kami sekuarga berbuka puasa kat sebuah restoran hebat di Sungai Petani, dekat je dgn Tesco SPU. oleh kerana Restoran takder Surau, aku bawa anak2 pi Tesco. masuk dalam Surau Tesco ada bbrp tempat kosong. Isteri dan anak pompuan, pegi Surau Pompuan la. lepas wuduk aku dan anak2cari la tempat masing2. nak masbuk dgn jemaah lain dah tak selesa sebab semua buat sendiri2. mana boleh berjemaah macam dirumah. so solat asing2 la. sian anak anak aku nampak berselerak. aku nampak tempat di sebelah seorang brother dibelakang sekali. tapi aku kena melintas dibelakang beliau. aku nampak dia sujud lama sangat so aku pun melintas dibelakang dia. sebaik saja aku melintas, bro tu bangun dari sujud, apa lagi, aku mengelak la sebab aku rasa macam nak terpijak kaki dia. apa lagi, dahi aku pun terhantuk sekuat kuat nya pada bucu kabinet penyimpan sejadah. aku rasa kelam dalam 2~3 minit. mujur aku sempat berpegang pada dinding, at least aku tak jatuh. selepas aku pulih dari kekelaman, aku nampak semua orang yang solat tadi dah bertukar dengan orang baru, kecuali anak anak aku yang tak sedar pun aku tereksiden tu. dahi ku bengkak besar tapi kesan luka yang kecil saja. sebaik sahaja keluar dari surau, baru anak2 aku perasan yang wajah ku dah bertukar jadi "Shrek". itulah catatan hari ini ye, buat lah iktibar. salam.

Khamis, 1 Oktober 2009

gempa bumi

Salam,
Gempa datang lagi. kali ini berturut turut. mula mula di Samoa America, selang 16 jam gempa datang lagi di Sumatera pula, lepas tu sekali lagi di Sumatera. aduhhhh kalau lah berlaku dinegara kita macam mana ya? Orang Indonesia sudah jadi pepatah "alah bisa tegal biasa". mereka sudah "boleh terima" kehadiran gempa gempa tersebut. tengok TV? sedih sangat tengok kaki masih bergerak dibawah timbunan runtuhan. tengok anak2 kecil menangis dalam pelukan ibu. ada isteri yang tercari cari suami yang masih belum keluar dari bangunan konkrit selepas berbondong bondong berlari dengan anak isteri, tiba tiba hilang ditelan runtuhan. aku tak sanggup lagi nak highlight cerita2 tu. sedih sangat. walau bagaimanapun, aku ucapkan takziah kepada keluarga mangsa gempa bumi tersebut. percayalah wahai rakyat Indonesia, kami di Malaysia sentiasa berdoa agar kamu semua tabah menghadapi dugaan Allah. disebalik itu, apa hikmah yang kita dapat dari kejadian kejadian tersebut. Allah duga kita supaya kita lebih mendekatkan diri kita kepadaNya. berdoalah selalu kepadaNya. mohon keampunan semoga dimakbulkannya. Redhakanlah segala pemberianNya. segala pemberianNya ada timbalbalasnya. semoga roh roh saudara2 kita yang pergi akibat gempa tersebut dicucuri rahmat olehNya. Amiinnn.