Ahad, 4 Oktober 2009

tereksiden

Salam Satu Malaysia Semua,
sebelum aku terlupa, ada satu catatan baru yang aku nak highlight. ini tentang eksiden kecil yang aku alami. pada hari tu... kami sekuarga berbuka puasa kat sebuah restoran hebat di Sungai Petani, dekat je dgn Tesco SPU. oleh kerana Restoran takder Surau, aku bawa anak2 pi Tesco. masuk dalam Surau Tesco ada bbrp tempat kosong. Isteri dan anak pompuan, pegi Surau Pompuan la. lepas wuduk aku dan anak2cari la tempat masing2. nak masbuk dgn jemaah lain dah tak selesa sebab semua buat sendiri2. mana boleh berjemaah macam dirumah. so solat asing2 la. sian anak anak aku nampak berselerak. aku nampak tempat di sebelah seorang brother dibelakang sekali. tapi aku kena melintas dibelakang beliau. aku nampak dia sujud lama sangat so aku pun melintas dibelakang dia. sebaik saja aku melintas, bro tu bangun dari sujud, apa lagi, aku mengelak la sebab aku rasa macam nak terpijak kaki dia. apa lagi, dahi aku pun terhantuk sekuat kuat nya pada bucu kabinet penyimpan sejadah. aku rasa kelam dalam 2~3 minit. mujur aku sempat berpegang pada dinding, at least aku tak jatuh. selepas aku pulih dari kekelaman, aku nampak semua orang yang solat tadi dah bertukar dengan orang baru, kecuali anak anak aku yang tak sedar pun aku tereksiden tu. dahi ku bengkak besar tapi kesan luka yang kecil saja. sebaik sahaja keluar dari surau, baru anak2 aku perasan yang wajah ku dah bertukar jadi "Shrek". itulah catatan hari ini ye, buat lah iktibar. salam.

Tiada ulasan: