Khamis, 1 Oktober 2009

gempa bumi

Salam,
Gempa datang lagi. kali ini berturut turut. mula mula di Samoa America, selang 16 jam gempa datang lagi di Sumatera pula, lepas tu sekali lagi di Sumatera. aduhhhh kalau lah berlaku dinegara kita macam mana ya? Orang Indonesia sudah jadi pepatah "alah bisa tegal biasa". mereka sudah "boleh terima" kehadiran gempa gempa tersebut. tengok TV? sedih sangat tengok kaki masih bergerak dibawah timbunan runtuhan. tengok anak2 kecil menangis dalam pelukan ibu. ada isteri yang tercari cari suami yang masih belum keluar dari bangunan konkrit selepas berbondong bondong berlari dengan anak isteri, tiba tiba hilang ditelan runtuhan. aku tak sanggup lagi nak highlight cerita2 tu. sedih sangat. walau bagaimanapun, aku ucapkan takziah kepada keluarga mangsa gempa bumi tersebut. percayalah wahai rakyat Indonesia, kami di Malaysia sentiasa berdoa agar kamu semua tabah menghadapi dugaan Allah. disebalik itu, apa hikmah yang kita dapat dari kejadian kejadian tersebut. Allah duga kita supaya kita lebih mendekatkan diri kita kepadaNya. berdoalah selalu kepadaNya. mohon keampunan semoga dimakbulkannya. Redhakanlah segala pemberianNya. segala pemberianNya ada timbalbalasnya. semoga roh roh saudara2 kita yang pergi akibat gempa tersebut dicucuri rahmat olehNya. Amiinnn.

Tiada ulasan: