Jumaat, 8 Januari 2010

aku dihormati kerana kecemerlangan anakku

Assalamualaikum...
kali ini catatan aku berkenaan kebahagiaan hidup kerana kejayaan anak anak. kira macam kesinambungan cerita dibawah ni la kan. kisah anak anak yang berjaya dalam hidup mereka akan membahagiakan ibubapa. anak anak akan mencorakkan populariti ibu bapa. ada keluarga kucar kacir pun popular sebab kekucarkacirannya itu lah. ada kategori keluarga bahagia dan tidak popular, dan ada juga keluarga yang mempunyai anak anak yang berjaya seorang demi seorang dan dek kehidupan yang susah sebelum itu, membuatkan keluarga tersebut begitu popular dan dihormati. itu adalah coretan kehidupan satu keluarga lain yang tidak kena mengena dengan aku.
Dan aku juga ingin tengok anak anak aku berjaya dalam hidup mereka seperti keluarga diatas sebelum aku meniti hari tua ku. setakat ini Kakmilia sudah di Tingkatan 5, Amir Naim di Tingkatan 2 manakala Adik Mat di Darjah 5. Masa UPSR dulu, KakMilia dapat 4A1B, manakala Amir dapat 5A. Alhamdullillah, kerana kejayaan mereka aku dihormati oleh kawan kawan sekerja. cukup lah macam tu kan. aku suka di kenali kerana kejayaan bukan kerana keruntuhan.
semoga Allah teruskan memberikan kejayaan yang lebih kepada keluarga kami yang masih tergapai gapai mencari hala tuju dalam kehidupan.
semoga aku terus merenung kelangit dan terus berfikir untuk mencari kehidupan yang lebih baik dimasa depan. doakan keluarga aku ya.

Rabu, 6 Januari 2010

berkat


Salam...
ada satu kisah yang akan aku paparkan kali ini. Aku suka sangat dengan keluarga ini. Suami seorang nelayan tegar, isteri seorang suri rumahtangga. anak anak yang mendengar kata ibubapa. dari segi pendapatan, rasanya tak cukup untuk keluarga ini menyara hidup mereka sendiri. tapi berkat keazaman dan tawakkal serta kerja kuat segalanya boleh "jadi". ok laaah, korang tentu nak tahu keluarga ni nama apa kan? nama Suami - Yusuf, nama isteri - Azizon, anak perempuan - Siti Hajar dan anak lelaki - Abdul Hakim. Baru baru ini, kami pergi ke USM untuk menyaksikan majlis Konvokesyen anak perempuannya. Alhamdullillah... selamat menerima Ijazah dalam Jurusan Dietition... ha camtula. kehidupan mereka dah mula menampakkan sukses. anak lelaki pun kini ditahun akhir USM juga. nanti apabila si Abdul Hakim sudah berjaya menerima Ijazahnya aku akan catatkan semula disini... Insyaallah. dari pada keluarga yang tak punya "apa-apa" kini Siti sudah memiliki kereta. Alhamdullillah semoga keluarga ini akan terus sukses sampai bila bila.. Amiinn.

Ahad, 3 Januari 2010

jerawat

salam,
orang kata lebih baik sakit kaki dari sakit gigi. uuhhhh sakitnyaaa kalau gigi berlubang. kalau termasuk makanan ke biji cili ke kat dalam tuuu, rasa mahu menghumban sahaja apa yang ada dikeliling kita. tetapi apa pulak kata orang yang ada masalah jerawat? kalau kat pipi ke, dahi ke tak pe la sangat, tapi kalau jerawat jadi dalam lubang hidung macamana? sakitnya macam orang sakit gigi le jugak. adusss sebiji jerawat telah tumbuh dalam lubang hidungku, sakitnya bukan kepalang. nak ambil wuduk pun sakit. kalau tersentuh semasa sujud Ya Allah sakitnya. hidung pun dah tak jadi normal ni, kembang semacam je. mungkin kesakitan ini adalah ganjaran dosa2 tak disengajakan yang aku buat, mana lah tahu? Ya Allah!ampunkanlah dosa ku. renungkanlah...