Jumaat, 8 Januari 2010

aku dihormati kerana kecemerlangan anakku

Assalamualaikum...
kali ini catatan aku berkenaan kebahagiaan hidup kerana kejayaan anak anak. kira macam kesinambungan cerita dibawah ni la kan. kisah anak anak yang berjaya dalam hidup mereka akan membahagiakan ibubapa. anak anak akan mencorakkan populariti ibu bapa. ada keluarga kucar kacir pun popular sebab kekucarkacirannya itu lah. ada kategori keluarga bahagia dan tidak popular, dan ada juga keluarga yang mempunyai anak anak yang berjaya seorang demi seorang dan dek kehidupan yang susah sebelum itu, membuatkan keluarga tersebut begitu popular dan dihormati. itu adalah coretan kehidupan satu keluarga lain yang tidak kena mengena dengan aku.
Dan aku juga ingin tengok anak anak aku berjaya dalam hidup mereka seperti keluarga diatas sebelum aku meniti hari tua ku. setakat ini Kakmilia sudah di Tingkatan 5, Amir Naim di Tingkatan 2 manakala Adik Mat di Darjah 5. Masa UPSR dulu, KakMilia dapat 4A1B, manakala Amir dapat 5A. Alhamdullillah, kerana kejayaan mereka aku dihormati oleh kawan kawan sekerja. cukup lah macam tu kan. aku suka di kenali kerana kejayaan bukan kerana keruntuhan.
semoga Allah teruskan memberikan kejayaan yang lebih kepada keluarga kami yang masih tergapai gapai mencari hala tuju dalam kehidupan.
semoga aku terus merenung kelangit dan terus berfikir untuk mencari kehidupan yang lebih baik dimasa depan. doakan keluarga aku ya.

2 ulasan:

imahayad berkata...

didoakan semoga anak-anakmu lebih berjaya di masa akan datang dan tidak melupai jasa ibu bapa mereka.

Hati Riang berkata...

Terima kasih Cikgu Tim. lama gak aku x update blog aku ni. dari 2010 sampai 2011. ada virus la. korang apa cita?