Sabtu, 27 Jun 2009

orang atas, orang bawah...

Salam...,
Kali ini aku nak cerita pulak tentang tajuk diatas. tahu tak? kalau anda semua nak tahu... ikuti cerita ini sepenuhnya.
musim kawen datang lagi setiap cuti sekolah.... opps! sebenarnya kalau di negeri ayam didik ni iaitu negeri Kedah, orang buat kenduri kawen tak kira masa, janji cuti, kecuali bulan Ramadhan dan hari Jumaat ja. itu pun ada jugak menyelit dalam bulan Ramadhan tapi kenduri waktu malam le. tak nampak le kemeriahannya. apa pun terima kasih laaa kepada tuan rumah kenduri yang jemput kami pi makan kenduri rumahnya.
kisah yang aku nak sampaikan ni ialah tentang salah seorang kawan kat tempat kerja aku. satu masa tu ayah nya nak buat kenduri kawen adiknya. Alhamdulillah... kami semua kawan baiknya dijemput kemajis tersebut. rumahnya berada didaerah lain dan aku tak tahu jalan kerumahnya, so aku pi konvoi dengan sebuah keta kawan aku sorang lagi. bila sampai dikawasan rumah kenduri (banyak kenduri lak masa tu) aku nampak ramai orang keluar masuk kampung. bila aku tanya semua orang tu pergi rumah kenduri lain bukan rumah kawan aku. so kami pun pi la tempat lain pulak. sampai je kat kampung lain ada bunga manggar kat tepi simpang kekampung tu. memang dah konfirm sebab ada nama adik kawan aku kat poster. untuk lebih yakin, aku cuba bertanyakan seorang Pakcik yang kebetulan keluar dari simpang... aku bertanya macam ni,"Pakcik, betul kekenduri ni rumah En. $$$$?". dan pakcik tu cakap, "memang betul tu encik" aku pun tanya lagi,"Pakcik dah pegi ke?". Pakcik tu jawab, "pakcik tak pi, dia tak jemput". aku nak tahu lebih lanjut, aku pun tanya lagi, "awat dia tak jemput?". Pakcik tu jawab, "pakcik orang bawah, depa tu orang atas", dan pakcik tu pun pegi meninggalkan aku yang tertanya tanya. lepas tu kawan yang berkonvoi aku tertawa berdekah dekah... aku terpinga pinga sehinggalah berbulan bulan dan baru baru ini barulah aku mengerti...

Tiada ulasan: