Isnin, 15 Jun 2009

amir naim

salam,
tentu korang nak tahu siapa itu amir naim kan? alaaa dia ni anak kedua aku. aku suka nak citer kisah dia dlam blog aku ni bukan nyer pasal apa, cuma dia ni unik sikit dari anak anak yang lain. masa di kecik kecik dulu dia ni pernah kena "demam". aku tak tahu demam apa tapi dia asik bercakap siang malam. aku dan isteri asik menangis saja masa tu. tapi apabila dia nampak kami berdua menangis, dia akan datang pujuk. selalunya perkataan yang selalu dia sebut ialah, "lain kali kena dengar nasihat ibu bapa".
jeng jeng jeng... sekarang aku nak citer kisah dia pulak waktu ini ye! skg umo dia dah 13 tahun (2009). dah masuk sekolah menengah... maksud aku MRSM. aku bangga sangat dengan pencapaian dia dalam pelajaran. subjek yang paling dia suka English dan matematik (aku rasa la). masalahnya amir ni barang barang dia selalu hilang. meh aku nak senaraikan barang barang dia yang dah hilang: songkok, tie, kasut sport, kasut sandal, bantal, calculator, reket, toiletories, baju prep, pakaian dalam, fail, alatan menulis, kunci kabinet, kad matriks dan banyak lagi. semuanya aku kena beli semula. walau pun begitu, aku tak marah sangat, sebab bagi aku dia ni someone special bagi kami.
tapi baru baru ini dia buat perangai. taknak pegi asrama. aku naik risau dengan situasi ini. mana taknya, aku dah habis beribu rm asal dia masuk MRSM. masa dia dapat surat dulu pun dia excited sangat nak gi MRSM so aku ikut jela. tup tup baru 3 bulan dalam MRSM dah tak mahu pulak. apo aku nak buek laie ha. aku ada sms cikgu dia semata mata nak bincang hal dia tak nak gi asrama tu, tapi cikgu dia pulak sanggup datang umah nak jumpa amir. aku terharu sungguh. tabik spring kat Cikgu Nurul dan Cikgu Diana.
lepas dua org cikgu tu balik, apa lagi, dia mula lah meraung taknak pegi sekolah. tapi aku seret dia masuk keter hantar jugak. Cikgu Nurul cakap, masa kat skolah, amir ok je siap speaking english lagi. cikgu rasa tak percaya. tapi aku sms cikgu sekali lagi. cikgu janji nak jumpa amir lagi di sekolah.
Aku harap cikgu dapat bagi azimat kepada Amir Naim semoga amir mahu dan sayangkan sekolah nya yang best tu.

Ingatan untuk Amir Naim --- ketahuilah anakku bahawasanya kami ibu bapa sangat sayang padamu tiada tolok bandingnya, dan sentiasa mahu melihat kejayaan dihadapan mu dan kami sentiasa berdoa agar kamu jadi anak yang soleh, pintar, berilmu, dan berjaya dimasa depan. Aminnn!!!

masa depan, aku akan menulis lagi tentang Amir Naim. banyak kisah menarik tau...

Tiada ulasan: