Selasa, 22 Disember 2009

mati hidup kembali

Assalamualaikum, wbt.
Catatan aku hari ini ialah berkenaan tajuk diatas. ada berbagai tafsiran tentang kamatian ini. ada yang menyatakan "kalau dah mati, mati la, yang hidup , balik rumah la". ada yang kata macam sesaorang yang sudah insaf dan kembali kejalan yang diredhai Allah. itu semua betul dan boleh diterima pakai dalam konteks "lawak" dan "pengajaran". apa yang aku nak perkatakan ini ialah sesuatu yang agak serius. Kematian yang sebenar dan hidup yang sebenar juga. ada kisah disebalik tajuk ini. di suatu tempat di Utara Semenanjung ada seorang lelaki yang sangat kuat. dia mendalami ilmu persilatan yang hebat. kebaikan dia ialah kekuatannya. keburukan pula, kalau dia marah, dia boleh gegarkan pokok sampai daun daun berguguran.
pada satu hari, seluruh kampung gempar dengan berita kematian si lelaki kuat ini. ada yang pro dan ada yang kontra, maklumlah ada yang bersahabat dan ada yang seteru. Mayat lelaki ini dibaringkan diatas sebuah katil yang besar dan kukuh. ramai sanak saudara yang membaca surah Yassin di sekeliling mayat tersebut. semakin lama semakin ramai yang datang untuk menziarahi. ada yang berlinangan airmata dan ada yang nampak sugul. semakin lama semakin ramai sampai bersesak sesak maklumlah orang terkenal. tiba tiba bunyi riuh rendah di dalam bilik yang memempatkan mayat. orang dalam bilik lari lintang pukang. orang diluar bilik pun lari lintang pukang. bila berita sampai di halaman, orang ramai yang datang menziarahi juga lari tunggang langgang. semua seolah2 mahu menyelamatkan diri dari sesuatu "creatures". apa bila keadaan sudah reda, beberapa orang alim kelihatan masuk kedalam bilik. apa yang berlaku ialah kelihatan mayat sedang mengiring macam orang sedang tidur. orang2 alim pun membiarkan beberapa lama mayat tersebut sebegitu sehinggalah hampir sejam, barulah mayat tersebut kembali terbujur seperti asal. menurut saudara mara yang membaca Yassin, mereka melihat mayat tersebut bergerak perlahan lahan dan akhirnya mengiring. sungguh menyeramkan. menurut kawan kawannya, beliau pernah menuntut "ilmu kuat" yang hebat. mungkin semasa kematiannya, segala urat saraf dia kembali ke asal, menyebabkan segala otot dan anggota badan ter"tarik" sebegitu.
setelah disahkan oleh para doktor dan dipersetujui oleh para Alim ulamak kampung tersebut, akhirnya mayat tersebut pun di kebumikan dengan sempurna walaupun tinggal beberapa puluh orang sahaja yang bersedia menyempurnakan mayat tersebut.
renung2kanlah...

Tiada ulasan: