Ahad, 20 Disember 2009


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
kisah kali ini ialah seperti tajuk diatas tu. ceritanya begini....
semalam (20/12/09) aku dapat jemputan kenduri kawin sebanyak 4 buah rumah. sorang tu rumah kawan lama aku, kedua saudara tiri aku, ketiga tu bapak saudara adik ipo aku dan final sekali, saudara jauh bapak aku. 3 buah daripadanya, dapat sambutan yang sangat baek. yang aku ralat sikit, pada rumah ke4 tu. oleh kerana rumah dia dalam kampung. jalan mini tar yang rosak lebih dari setahun tak diperbaiki. so untuk tidak mengganggu laluan, aku dan adik aku (kami berkonvoi) letak keta agak jauh dari rumah kenduri. berpeluh jugakle berjalan lebih kurang 700 meter. bila sampai rumah kenduri, aku tercari2 le tuan rumah. aku tak kenal sangat sebab dah lama tak jumpa. last sekali aku cam tuan rumah sebab pakai baju yang ada banyak poket. selepas bersalam dan "huloq", tuan rumah tak cakap apa2 pun. anak2 dia pun buat tak tahu je kehadiran kami. bapak, mak, isteri, adik, adik ipo, anak2, anak penakan semua terpinga2 termasuk aku sekali. aku rasa malu sangat sebab macam kami salah rumah pulak walau pun memang tuan rumah tu ada bau2 bacang dengan bapak aku. aku rasa oleh kerana dah petang dan dah takde orang mai, elok le dia bertanya habaq bapak aku. aku ambik keputusan tak mahu makan sebab rasa malu sangat. tuan rumah asik duk tepi pagar dan tengok2 keluar pagar. sikit pun tak pelawa aku makan. lelain semua makan le walau pun tuan rumah macam org tak sudi pulak. ok lahhh. lepas tu bila semua dah sudah, aku ada satu idea...jeng jeng jeng!!! aku suruh semua duk je kat umah tu sementara aku dan adik aku pi ambil keta. bila aku berenti je depan umah kenduri tu, si laki yang asik tengok kat luaq, dan si bini yang asik duduk pegang raga bunga telur(tak bagi pun kat kami bunga telur tu), bingkas bangun dan datang dekat dengan keta aku. baru lah nampak senyum sikit. pastu cakap "laaa tadi makan sikit saja pa", poraah aku bukan makan sikit, tapi tak makan langsung. si bini pulak kata "uiisshhh! depa mai keta besaq ka" laaa buleh naik ramai pulak tu (maklumla MPV) laa ada sebijik lagi keta ka?"... keta adik aku di belakang. oooo baru lah aku tahu yang famili pak penakan aku ni pandang harta. patut la semua yang mai umah dia keta besaq2, sampai aku nak parking dekat pun tak boleh. la ni aku ambik iktibar, kalau pi umah saudara mara kena bawak keta besaq, sewa pun takpa....

Tiada ulasan: