Ahad, 20 Disember 2009

buah nipah







Salam,


hari ini kami sekeluarga makan kenduri lagi. tapi kali ini tak banyak , hanya sebuah je. Jiran aku buat kenduri tapi dikampungnya. lauknya kari daging dengan kentang, kurma kambing, kari ikan talang kering dengan nenas, sambal belacan, ulaman2. sedap jugak hingga menjilat jari. lepas selesai makan kenduri, dalam perjalanan balik, kami melalui tepi sungai. aku tengok banyak pokok nipah di seberang jalan. terkenang2 masa kecilku selalu ikut tokwan belah buah nipah tepi sungai. "sedap jugak ni kalau pekena buah nipah ni. meleleh jugak air lior aku, terkenang buah nipah yang lembut dan manis tu. rasa seakan2 buah nau. tapi buah nipah lebih manis. walaupun begitu, buah nipah tidaklah begitu popular macam nau. gambar sebelah ni menunjukkan buah nipah yang aku belah tadi. untuk pengetahuan semua, inilah satu satunya buah nipah yang elok dalam satu mayang. yang lain semua nya terlalu lembut dan susah untuk di belah. kita kena cari balik buah2 nadir dan perkenalkan semula kepada generasi kita yang akan datang...

4 ulasan:

imahayad berkata...

Sedapnya. Terinagt zaman kanak-kanak dulu selalu dapat makan buah nipah.

Hati Riang berkata...

dulu dulu semua indah. kat bendang pun ada pokok nipah dan berembang. la ni kat kampung kita buah buah ni semua dah pupus agaknya.

imahayad berkata...

bukan kata buah nipah n buah berembang ja yang dah pupus..., kampung kita pun macam nak pupus ja...hang tak sedaq ka???

Hati Riang berkata...

Memang pun kampung kita akan pupus agaknya sebab kampung Jambatan Merdeka dah lenyap, kampung Nangka pun dah lenyap. Kg kita dok tengah2 ni bila nak lenyap pulak tak tau la. mungkin 2012 kot taim planet Nibiru tu hinggap kat bumi pa. harap tak la Planet tu jatuh kebumi harap kalau lenyap pun kita semua dpt pampasan kita boleh pindah ke penempatan baru.