Ahad, 2 Ogos 2009

naluri keibuan.

Salam,
petang tadi semasa aku menunggu anak anak pulang dari bermain dipadang dekat rumah, tiba tiba satu dentuman dan bunyi seretan yang kuat kedengaran. masa tu aku berada dlm rumah. selalunya kalau bunyi macam tu, ada geng mat keta yang dok test performance enjin keta, maklumlah, dekat ja ngan bengkel. tetiba dengar orang jerit dgn kuat "mak, mak, bangun mak!!!" baru aku perasan ada kemalangan depan rumah. masa aku keluauntuk tengok, dah ada ramai orang yang dok berdiri dan tengok kemalangan tu. ada yang telefon 999 ada yang telefon keta tarik. aku nampak sekujur tubuh kaku dikelilingai 4, 5 orang dan seorang anak yang menangis nangis. aku yang baru je tamat kursus 1st Aid, konon nak pi buat pertolongan cemas la. tapi bila aku nampak ada nadi dan nafas turun naik, aku rasa tak perlu buat CPR. elok di ajar mengucap je. aku nampak ada seorang lelaki mungkin suaminya kot datang dan memangku tubuh tersebut. aku cakap ajarla mengucap, sisuami dah panik dan tak tahu nak buat apa2. aku bingkas mendekatkan mulut ketelinga wanita tersebut dan mengucap "laaillahaillallah, muhammadarrasullallah"... aku ucapkan berpuluh kali sampai aku nampak ada gerakan pada tangan wanita tersebut. dan akhirnya wanita tersebut mengangkat jari telunjuk dengan lemah. aku teruskan ucapan, dan kali ini, aku nampak mulutnya kumat kamit, semakin lama semakin kuat dan akhirnya aku dengar wanita tersebut mengikut ucapan dengan jelas dan nyata. Alhamdullillah, wanita tersebut telah sedar dan mencari anak2nya. aku sedih sangat, sebab naluri seorang ibu, tetap mencari anak2 walau pun luka yang besar dan darah banyak mengalir. tak kusedari airmata ku turut mengalir. sudah hampir 10 minit, ambulan dan polis belum jugak tiba. akhirnya ada seorang hamba Allah yang sudi menghantar wanita tersebut kehospital Kepala Batas. Alhamdulillah...
renungkanlah...

Selasa, 30 Jun 2009

loghat


Salam,

semalam aku ada terbaca satu blog dari seorang cikgu. seronoknya sebab boleh utusan dalam bahasa ibunda kami (loghat utara la). meh lah kat sini sesiapa ja yang nak berborak dalam loghat apa saja asalkan memenuhi norma norma yang aku nak. kalau boleh kita cakap macam macam bahasa supaya kita tahu bahasa kawan kawan kita. kalau boleh lagi, sesiapa dari kawan kawan berbangsa Cina atau India, bolehlah kita belajar bahasa lain pulak dengan depa kan? kalau sesiapa yang ada idea bagaimana nak mengindahkan lagi laman santai ni, aku sangat alu alukan.

REVELL LAGI

Produk Revell

Terdiri dari 9 kategori :

Perawatan rumah yang moden, efektif, efisien & ekonomik
Perawatan kenderaan berkualiti tinggi
Formula alami untuk keindahan mahkota Anda
Perawatan pribadi untuk seluruh anggota keluarga
Jeanne Artist "pengikat kasih sayang"
deMi rangkaian designer kosmetik untuk wanita masa kini
Kekuatan alam untuk kesihatan yang lebih baik
Teknologi yang diciptakan untuk gaya hidup yang lebih baik

REVELL

Produk Revell
Trace Minerals
Auto care
Beauty care
Body Beautiful
Food & Nutrition
Health care
Home care
Home Tech
Perfume
Personal care
Women Hygiene
Istimewa AidilFitri
Produk Sihatcorner
Transfer Factor
Minyak Kelapa Dara
Omega-3 & antioxidant

    MENGAPA REVELL?
  • 1PV=1RM
  • Kelayakan bonus minm 50PV
  • Untung runcit 8%-25%
  • Bonus peribadi 4%-14%
  • Bonus kumpulan 6%-22%
  • Majalah bulanan UPDATE percuma
  • insentif program pelancongan
  • insentif program kereta
  • Program latihan
  • Kebajikan
    ->Program pencapain akademik
    ->Bantuan khairat kematian
  • Boleh diwariskan.
Join dibawah saya dengan menggunakan ID: KED 637680

Isnin, 29 Jun 2009

siapalah kita


Salam,

semalam aku tengok tv tentang perpaduan melayu. aku bukan sokong mana mana pihak. tapi kalau untuk perpaduan kaum kita, lebih baik lah kita sahut dengan hati terbuka. buang yang keruh dan ambil yang jernih. lebih baik kita berbaik sangka dengan sesama Muslim daripada kita percaya bulat bulat kepada kawan kawan yang hanya mahukan sesuatu dari kita. orang nampak kita sekarang dah tak sekuat dulu. mengapa kita memilih berpecah dengan sesama Muslim dan berbaik baik dengan "oranglain". dalam perkara ini aku tak boleh terima. aku nampak keikhlasan pemimpin tertentu yang mahukan perpaduan. tapi ada sahaja penghalangnya. aku faham naluri pemimpin tersebut yang sudah nampak kepesongan dalam masyarakat melayu kini. dia tahu kalau terus memusuhi sesama Melayu orang lain akan mengaut keuntungan. akhirnya kita terpinggir dinegara sendiri. tetapi sebaik sahaja dia bersuara tentang perpaduan Melayu, sudah ada pemimpin dalam kelompok itu sendiri pulak yang tak setuju. kalau pemimpinberbangsa lain tak setuju tu ok la sebab mana ada bangsa lain yang suka tengok kita berpadu kan? tetapi yang tak setuju ni bangsa kita sendiri. apa pun syabas aku ucapkan kepada pemimpin diseberang sana yang masih membuka peluang untuk perpaduan kaum Melayu. jangan jadi 'AYAM MENANG KAMPUNG TERGADAI SUDAH". Tapi yang dok nampak kini memang dah banyak "PAK KADOK" dalam masyarakat kita hari ini... renungkanlahhhh!!!

amir nangis

salam,
sedih aku tengok amir makan nasi ayam yang aku bawa untuknya masa pi melawatnya semalam. dia ada tanya jugak bila dia boleh tukar sekolah. aku hanya menjawab tunggu hujung bulan Julai nanti. sebenarnya aku dan isteri masih bersolat hajat dan beristiqarah demi mendapatkan jawapan yang tepat untuk menempatkan sekolah Amir nanti. jika dalam bayangan yang dikurniakan Allah nanti disekolah lain, kat sekolah lain lah aku akan tempatkan Amir. jika amir dah serasi dengan MRSM, aku akan tetapkan dia disitu. sebenarnya jauh disudut hatiku aku masih mahu tengok Amir belajar di MRSM. sekolahnya dekat ja dengan rumah kira kira 20 km je, aku boleh pi tengok dia setiap minggu 2 kali. dulu masa aku bersekolah, aku tak berpeluang untuk keasrama kerana parents aku tak mampu. skg ni dah ada peluang elok jugak kan. selepas beli keperluan dia, aku suruh amir balik keasrama. semasa dia berjalan ke asrama, aku nampak airmata Amir mengalir. sedih jugak aku. tapi Amir anakku sayang, ketahuiah bahawa ibubapa sentiasa mendoakan agar Amir akan menjadi manusia berguna satu hari nanti, anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang. percayalah, ibubapa bukan membuang anak anak mereka diasrama. sesungguhnya kami menempatkan kamu di MRSM Merbok untuk kamu mengenal dan membina jati diri, belajar, berusaha, berkawan, berdikari, bersukan, bermain dan lain lain sepuas puas hati. percayalahhhh!!!!

Ahad, 28 Jun 2009

air & amir

Dua tiga hari lepas kawasan perumahan dan kampung2 persekitaran ketiadaan air. waduh pak/buk, badan dah jadi macam orang minyak. asik asik pakai bedak jer...berpeluh. nak keluar membeli belah pun malas rasanya. kami yang "tidak ada apa apa" ni ok la kan? macamana yang baru jadi pengantin baru??? alaaa aku baru je makan kenduri anak kawan baik 2 tiga hari lepas.... alaaa... tak nak pk orang la. aku nak pk aku ni yang mandi sekali je pagi tadi. itu pun sebab ada sedikit air dalam tangki kecik kat atas bumbung tu. aku tanya JBA depa cakap ada paip pecah dekat pekan Tikam Batu. whoooosh kalau dah pecah tu takkan berhari hari kan? ntahlah mungkin paip pecah tu agak major. dulu JKR yang buat servis air ni tapi skg JBA. mungkin juga dulu paip masih elok masa berada ditangan JKR kan? nak tanya, korang kaau takder air, korang mandi dimana? tergamakkah korang mandi kat kolah masjid? tapi ada orang sanggup mandi tau.
ok lah dulu ya, aku nak pi tengok amir pulak. dia baru call dengan suara yang baik... so aku pun boleh cair... badan berminyak pun tak kisah kalau anak kita baik... jumpalagi. kang balik dari tengok amir, aku citer lagi ya...